Hyundai kalahkan Toyota daftar fleet kenderaan hidrogen untuk kegunaan kerajaan Australia

oleh Mohamad Hanif|
Di negara Australia, Hyundai nampaknya telah berjaya mengalahkan Toyota dalam perlumbaan mendaftarkan barisan kenderaan hidrogen untuk kegunaan pegawai kerajaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebanyak 20 buah kenderaan sifar emisi jenis Hyundai Nexo akan mula dipandu oleh pegawai wilayah ibu kota (Austalian Capital Territory) bulan ini.

Selain daripada kerajaan wilayah ACT, kenderaan hidrogen Hyundai juga akan mula digunakan untuk kerajaan negeri lain seperti Canberra dan Queensland.

Menurut laporan daripada CarAdvice, Hyundai dan Toyota sebelum ini berlumba secara senyap untuk menjadi yang pertama mendaftarkan kenderaan hidrogen untuk kegunaan pegawai kerajaan.

Namun begitu, berdasarkan semakan Toyota Australia nampaknya masih lagi belum selesai mendaftarkan 20 unit sedan Mirai untuk digunakan oleh kerajaan negeri Victoria.

Walaupun tenaga hidrogen boleh dikatakan satu cara untuk mengatasi masalah range anxiety pada EF tradisional, kekurangan stesen pengisian bahan api hidrogen tetap membataskan pergerakan untuk mengadaptasi sepenuhnya kenderaan sel bahan api ini.

Sebagai makluman, Hyundai Nexo merupakan sebuah SUV dengan trenkuasa sel bahan api hidrogen yang mampu mencapai jarak operasi sejauh 666 km sebelum pengisian hidrogen dilakukan semula.

Sumber: CarAdvice

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, General Motors bakal menjalin kerjasama dengan syarikat Komatsu untuk menghasilkan trak…
Berita Global
Super coupe elektrik Spectre itu telah menempuh pelbagai jenis keadaan seperti salji Arctic, padang…
Berita Global
Untuk permulaan, tidak lebih daripada 100 unit BMW iX5 Hydrogen yang akan dihasilkan, dan ia akan…