Hyundai komited mahu kurangkan kematian akibat strok haba - ciri amaran penumpang belakang sebagai standard

oleh Mohamad Hanif|
Sudah terhantuk, baru terngadah.

Ini merupakan perumpamaan yang biasa didengari melihatkan kepada peningkatan kes kematian terutama melibatkan kanak-kanak akibat kerap ditinggalkan di dalam kenderaan tanpa pengawasan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bersempena dengan kempen Hari Mencegah Strok Haba Nasional, Hyundai mengumumkan pelan perancangan untuk menjadikan sistem amaran penumpang belakang satu ciri yang standard untuk kesemua kenderaannya bermula tahun 2022.

Sistem amaran ini terdiri daripada dua bentuk yang berbeza iaitu:

 

Asas

  • Sistem door-logic di mana ia akan memberikan amaran sekiranya pintu belakang dibuka ataupun tidak ditutup rapat sebelum kenderaan dihidupkan. 
  • Sistem ringkas ini akan mula didapati pada model Hyundai Sonata 2020.

 

Sistem ultrasonik

 

  • Menggunakan teknologi pengesan ultrasonik, sistem yang lebih maju ini akan digandingkan dengan ciri asas yang disebutkan diatas bagi mengesan pergerakan daripada kanak-kanak (dan haiwan peliharaan) di baris belakang. 
  • Sekiranya terdapat pergerakan dikesan selepas pemandu keluar dan mengunci pintu, sistem ini akan memberikan amaran menerusi hon dan menghantar notifikasi menerusi peranti pintar. 

Sistem amaran penumpang belakang ultrasonik ini akan didatangkan secara opsyen pada Hyundai Santa Fe 2019 dan dipasang secara standard pada Hyundai Santa Fe 2020 dan Hyundai Palisade.

 

Menurut badan berwajib National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), kanak-kanak adalah lebih cenderung kepada strok haba di mana suhu badan mereka mampu naik tiga hingga lima kali lebih pantas berbanding orang dewasa. 

Ini disumbangkan lagi dengan kenaikan suhu setinggi 37.8° C di dalam kenderaan walaupun suhu di luar dicatatkan pada 25.6° C. 

Ketika musim panas dengan suhu 32.2° C, suhu di dalam kenderaan mampu mencecah setinggi 42.8° C dalam masa kurang dari 10 minit. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bahagian depan lebih berketak dengan jeriji dan lampu nyalaan siang baharu. Gaya jeriji condong…
Berita Domestik
Menurutnya, serbuan dibuat bersama wakil pemilik cap dagang berdasarkan aduan yang diterima. "…
Berita Global
Pelbagai teknologi dan ciri-ciri yang ditawarkan sehingga ia membuatkan suatu kenderaan itu…