Hyundai Kona 2024 debut, ada 4 jenis varian dan kemasan badan

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Hyundai baru-baru ini telah menunjukkan rupa bentuk untuk generasi baharu Kona 2024, saiz badan Kona 2024 dilihat lebih besar dan bakal ditawarkan dengan 4 tren kuasa iaitu EV, Hibrid, ICE dan versi N Line.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penggayaan fascia bawah adalah ciri utama yang membezakan antara model Kona 2024. EV mempunyai elemen seperti piksel dan berkongsi beberapa reka bentuk dengan Ioniq.

 

front

 

Varian ICE pula mempunyai bukaan segi empat tepat di hadapan, manakala varian N Line mempunyai penampilan yang lebih agresif dengan menggunakan elemen trapezoid

Pada bahagian sisi, reka bentuk semua varian hampir serupa. Varian hibrid dan ICE mempunyai acuan kit badan pada fender dengan warna berbeza.

 

rear

 

EV dan N Line pula mengekalkan bahagian tersebut mengikut warna badan, varian prestasi N Line turut didatangkan dengan spoiler belakang, skirt sisi perak, dan kepingan hitam yang tersedia untuk penutup cermin dan bumbung.

Pada bahagian dalam, ia dilengkapi sepasang skrin infotainment 12.3 inci yang berkongsi satu bezel, manakala tombol gear kini diletakkan di belakang stereng seperti model Ioniq.

 

interior

 

Buat masa ini, Hyundai masih belum mendedahkan spesifikasi rasmi untuk setiap varian dan harga untuk Kona 2024.

 

Sumber: motor1.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi dimensi, Hyundai Kona Electric 2024 merupakan antara kereta terbesar di dalam segmen…