Hyundai Kona Electric N Line 2024 tampil sporti dan kemas, tidak berlebihan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai Kona Electric N Line 2024
Hyundai Kona Electric N Line 2024
Pengecualian duti dan cukai kenderaan elektrik (EV) menyaksikan banyak kereta janaan bateri ditawarkan di dalam negara sebagai contoh Hyundai Kona Electric.

Generasi kedua Kona Electric diperkenal pada Disember 2022 dan dibangunkan sebagai kenderaan elektrik bateri (BEV) dahulu sebelum disesuaikan kepada rangkaian kuasa lain.

Seperti biasa, Hyundai tidak membiarkan kenderaannya kosong dan menjadikan kit N Line sebagai teman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai Kona Electric N Line 2024

 

Bukan semua model (baca Staria) tetapi Kona tampil sporti dengan kit N Line sejak generasi pertama lagi.

Rupa-rupanya Kona merupakan EV terlaris Hyundai Motor Europe dan terbaru menjadi EV Hyundai pertama dilengkapi kit N Line.

Bahagian depan Kona sudah pun menarik dengan lampu halus sebaris yang nampak seperti mata robot dan diserlahkan bampar baharu ala sepit ketam.

 

Hyundai Kona Electric N Line 2024

 

Bahagian tepi dipasang skirt sisi baharu yang ringkas dan sudah cukup sibuk dengan contengan garisan dan lekukan badan. Corak rim 19 ala retro juga nampak menarik.

Bampar belakang turut diganti baharu dan secara keseluruhannya Kona N Line cukup sifat dan tampil sporti serta tidak berlebihan.

Pada bahagian dalam, kerusi sport memaparkan logo N Line dan sulaman merah. Riasan merah diteruskan pada stereng, papan pemuka dan sepadan dengan lampu merah.

 

Hyundai Kona Electric N Line 2024

 

Untuk pasaran United Kingdom, Hyundai menawarkan dua pilihan iaitu N Line dan N Line S seperti berikut:

Hyundai Kona Electric N Line

  • Bateri 65 kWj
  • Bampar depan dan belakang, skirt sisi N Line
  • Rim aloi N Line 19 inci
  • Perumah cermin sisi hitam kilat
  • Pendakap lingkungan roda warna badan
  • Pedal aluminium
  • Stereng dengan pemanas
  • Kerusi depan dan belakang balutan fabrik N Line dengan pemanas
  • Lampu suasana
  • Pad pengecas tanpa wayar
  • Pintu but berkuasa
  • Pilihan rak bumbung
Hyundai Kona Electric N Line 2024

 

Hyundai Kona Electric N Line S

  • Bateri 65 kWj
  • Lampu nyalaan siang Full Width Horizon Centre
  • Lampu projektor penuh LED
  • Balutan kerusi N Line Alcantara dan kulit dengan fungsi pemanas dan pengudaraan serta larasan elektrik
  • Kawalan suhu dua zon dengan corong udara belakang
  • Sistem bunyi premium BOSE dengan tujuh pembesar suara dan subwufer
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta, Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang
  • Amaran Jarak Parkir (fungsi sisi), Bantuan Pengelakang Pelanggaran Parkir (fungi mengundur)
  • Amaran Keluar Selamat, Monitor Pandangan Sekeliling
  • Pilihan Lux Pack (Bumbung suria, Kunci Digital, Kerusi Depan Rehat Premium, Bantuan Pemanduan Lebuh Raya 2 dll)

Berkenaan harga, Kona Electric N Line ditawarkan daripada 40,395 pound (RM241,013) dan 43,095 pound (RM257,092) bagi varian teratas N Line S.

Kona Electric N Line dijadual untuk dikeluarkan pada Februari 2024.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai Kona Electric N Line 2024