Hyundai mahu EV mempunyai sifat sama seperti kereta berenjin

oleh Mohamad Hanif|
Penulis amat bersyukur dapat hidup dalam zaman peralihan daripada penggunaan kenderaan konvensional dengan enjin pembakaran dalaman kepada kenderaan yang lebih mesra alam dengan trenkuasa elektrik.

Memang ada beza antara kedua-dua, di mana EV menawarkan pemanduan yang jauh lebih senyap, lebih mesra alam, tiada sebarang gegaran, dan pecutan yang menggilakan (bergantung kepada model EV).

Namun, peralihan kepada EV membuatkan penulis ada kalanya rindu kepada sifat-sifat yang biasanya dikaitkan dengan kenderaan ICE tulen, seperti getaran enjin ketika melahu dan bergerak, bunyi penukaran gear, bunyi enjin dan segala macam karakteristik yang dikaitkan dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman.

Untuk golongan yang masih belum boleh melupakan perkara-perkara tersebut, usah risau.
 

ICE


Ini kerana berdasarkan penemuan dokumen pendaftaran paten oleh The Drive, Hyundai masih lagi mahu memenuhi keperluan para pengguna yang sudah terbiasa dengan kereta ICE, biarpun kereta tersebut tidak mempunyai enjin pembakaran dalaman.

Berdasarkan paten tersebut, Hyundai menjelaskan sebuah sistem simulasi yang mampu meniru karakter enjin pembakaran dalaman seperti bunyi penukaran gear, gegaran enjin ketika melahu, serta penukaran gear di dalam sebuah EV menerusi mainan audio pada pembesar suara, paparan data visual (RPM, gear dsb), dan gegaran yang terhasil daripada motor pacuan.
 

ICE


Malah, bergantung kepada tetapan dan kehendak pengguna, Hyundai juga boleh menjadikan sesebuah EV meniru sifat kereta aspirasi natural, atau kereta berenjin turbo!

Dalam bahasa ringkasnya, Hyundai mahukan sebuah EV bersifat sama seperti sebuah kereta berenjin pembakaran dalaman, dengan tetapan yang boleh diubah pada bila-bila masa, sekaligus menjadikan pemanduan sesebuah EV itu tidak lagi membosankan.

 


Sumber: The Drive

Berita Berkenaan

Pelancaran
Model Kia EV6 tersebut telah pun diperlihatkan buat kali pertama bersempena dengan Kejohanan Golf…
Berita Domestik
Kenaikan tarif tidak dapat dielakkan disebabkan oleh permintaan tenaga melonjak, gangguan bekalan…
Berita Global
Selain daripada terus memperkenalkan insentif bagi merapatkan jurang harga antara EV dan kereta ICE…