Hyundai N bangunkan rim gentian karbon, saiz 21 hingga 25 inci!

oleh Mohamad Hanif|
Kereta elektrik berprestasi tinggi seperti Mercedes-AMG EQS dan Hyundai IONIQ 5 N (sekadar menyebut contoh) mempunyai satu masalah besar - saiz bateri yang mampu memberikan kesan kepada berat keseluruhan jentera tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk itu, Hyundai N bekerjasama dengan pengeluar rim Dymag serta pakar bahan komposit Hankuk Carbon untuk membangunkan set rim ringan khas yang diperbuat daripada bahan gentian karbon.
 

N


Seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini (baca di SINI), roda Dymag ini menampilkan binaan hibrid dengan menggandingkan bingkai luaran gentian karbon dengan binaan tengah logam tempa.

Binaan hibrid ini membolehkan rim tersebut 40-50 peratus lebih ringan berbanding roda aloi standard biarpun bersaiz serupa.

Selain binaan yang ringan, roda tersebut lebih tegar dan tahan lama di samping mampu mengurangkan kesan inersia bergolek.
 

N


Prototaip rim 21 inci tersebut ada dipamerkan pada acara Goodwood Festival of Speed tempoh hari.

Bukan itu sahaja, Hyundai N juga turut merancang untuk membangunkan rim dengan pelbagai pilihan saiz, bermula dari 18 hingga 23, sementara rim 24 hingga 25 inci dijangka akan muncul pada tahun ini.

Cuma yang menjadi masalah, berapa pula harga yang Hyundai mahu letakkan pada opsyen rim karbon ini? Adakah ia satu pelaburan yang berbaloi?

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dymag mengeluarkan rim karbon untuk motosikal pada 1995 dan syarikat pertama di dunia yang…