Direka khusus untuk pasaran Amerika Syarikat, XRT PRO menerima peningkatan dari segi perkakasan dan perisian.
Penampilan luar juga dipertingkat dengan rekaan hadapan yang lebih sasa, jeriji bawah lebih menonjol dan cangkuk penunda canyon red di hadapan dan belakang.
Palisade XRT PRO dikuasakan enjin V6 3.5 liter suntikan terus aspirasi natural baharu dengan anggaran 287 kuasa kuda (hp) dan 353Nm.
Enjin digandingkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan bersama penukar tork berbilang plat untuk penukaran gear yang lancar.
Palisade 2026 ditawarkan dengan sistem pacuan semua roda HTRAC® bersama fungsi Mod Tunda.
Mod ini mengoptimumkan prestasi rangkaian kuasa semasa menarik beban.
Sistem mengekalkan gear rendah lebih lama dan mengurangkan kekerapan penukaran gear bagi memastikan penundaan lebih cekap dan yakin.
Palisade XRT PRO, Limited dan Calligraphy dilengkapi cangkuk penunda OEM yang dipasang dari kilang dan tersembunyi di sebalik rupa depan.
SUV tiga baris tempat duduk ini turut tersedia dengan pengawal mod permukaan baharu yang menawarkan pilihan Lumpur, Sand dan Snow.
Palisade XRT PRO dilengkapi pembeza gelincir terhad elektronik (eLSD) di gandar belakang.
Ciri ini eksklusif untuk model XRT PRO dan direka untuk memperbaiki tindak balas serta meningkatkan cengkaman ketika melalui laluan sukar.
Palisade 2026 akan dipasang di Ulsan, Korea Selatan dan model XRT PRO dijangka mula tiba di pusat jualan Hyundai pada awal musim panas (Jun hingga Ogos).
Ciri Rekaan Hyundai Palisade XRT PRO 2026:
- Rim aloi 18 inci kemasan gelap eksklusif XRT PRO
- Lencana XRT PRO di belakang
- Riasan luaran gelap (gril, sekeliling tingkap, pendakap badan)
- Permukaan kerusi kulit sintetik H-Tex dengan pemanas dan pengudaraan di hadapan
- Stereng dengan fungsi pemanas
- Sistem audio premium Bose® 14 pembesar suara
- Pencahayaan suasana
- Soket kuasa 115-volt
- Bumbung suria berkuasa
Ciri Keupayaan XRT PRO:
- Pembeza gelincir terhad elektronik belakang (eLSD) eksklusif XRT PRO
- Jarak kelegaan bumi 8.4 inci (+1 inci berbanding model bukan XRT PRO)
- Sudut depan (approach angle) 20.5°, belakang 22.4° dan tengah 18.3°
- Tayar AT 255/60R18
- Monitor Pandangan Titik Buta
- Sistem Pandangan Sekitar dengan paparan tanah hadapan
- Paparan masa nyata kecondongan, kompas dan ketinggian
- Pacuan semua roda HTRAC®
- Mod baharu: Mud, Sand dan Snow
- Cangkuk penunda canyon red (hadapan dan belakang)
- Kawalan Brek Menuruni Cerun
- Mod Menunda
- Cangkuk tunda OEM
Penulis: Muhammad Md Tajudin