Dilihat sebagai IONIQ 6 yang lebih pantas, Hyundai RN22e merupakan sebuah jentera pacuan semua roda berkuasa elektrik (satu motor untuk setiap gandar) yang mampu menjana kuasa setinggi 576 hp dan daya kilas 740 Nm.
Menurut Hyundai, pemandu boleh menggunakan ciri torque split untuk menentukan nisbah kuasa antara gandar depan dan belakang menerusi pemilihan mod pemanduan yang disediakan.
Menggunakan platform e-GMP (Electric-Global Modular Platform), Hyundai RN22e dilengkapi dengan pek bateri 77.4 kWh dengan senibina pengecasan 400V/800V, dengan pengecasan 10-80 peratus di bawah tempoh 18 minit sahaja.
Menjadikan RN22e sebuah jentera yang lebih mengujakan adalah penambahan ciri yang biasanya 'hilang' daripada sebuah kenderaan elektrik, iaitu N Sound+ yang mampu menjana runut bunyi pemanduan luar dan dalam, diikuti dengan ciri gegaran penukaran gear palsu.
Setakat ini, kedua-dua jentera RN22e dan N Vision 74 tidak dijadualkan memasuki fasa produksi, namun Hyundai akan terus menguji dan meneliti prestasi teknologi termaju yang dimuatkan supaya mampu memberikan manfaat kepada jentera N masa depan.