Hyundai-SDM tawar promosi khas untuk petugas baris hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini melancarkan program khas Frontliners Appreciation Programme sebagai menghargai jasa dan pengorbanan para petugas baris hadapan seperti pegawai kesihatan, bomba, penguatkuasa undang-undang serta guru-guru bagi menangani pandemik COVID-19.

Menurut Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung menjelaskan, program ini merupakan inisiatif syarikat dalam usaha untuk menunjukkan penghargaan dan sokongan kepada petugas baris hadapan yang bekerja keras untuk membantu rakyat Malaysia.

Promosi ini merangkumi potongan rebat khas, baucer membeli belah serta barangan eksklusif, di mana secara keseluruhannya bernilai RM7,900 dan dalam masa yang sama menjadikan pemilikan kenderaan Hyundai serba baharu yang lebih berpatutan.

Selain daripada itu, para petugas baris hadapan yang mendaftar di bawah program ini juga layak untuk mendapatkan Hyundai Loyalty Card yang membolehkan mereka mendapat rebat untuk alat ganti terpilih, kos buruh serta promosi bulanan eksklusif.

Setiap pembelian model baharu Hyundai didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan 300,000 km (yang mana terdahulu), serta pakej servis percuma untuk tempoh tiga tahun atau jarak perbatuan 50,000 km.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu video acah yang dimuatnaik di laman media sosial Facebook, Hyundai bakal membawakan…
Berita Domestik
Selepas pelancaran Staria versi tujuh tempat duduk tahun lepas, pihak HSDM telah banyak mendapat…
Berita Domestik
Bagi mereka yang masih mencari sebuah MPV untuk kegunaan perniagaan atau keluarga boleh mendapatkan…