Hyundai Sonata Hybrid - siap dengan bumbung solar

oleh HEZERI SAMSURI|
Sonata musim baharu ternyata mengagumkan ramai, termasuk pakar-pakar kereta US.

Rekabentuk yang lebih Eropah serta tanda harga yang mampu milik menjadikan ia antara model Hyundai paling popular sekarang ini. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Walaupun ia belum dilancarkan di Malaysia, respon dari rakyat Malaysia sangat positif.

Varian hibrid untuk Sonata baharu ini rupanya dilengkapi dengan bumbung solar untuk menambah perbatuan yang boleh dipandu disamping menghalang penyah-caj yang tidak diperlukan.

Tidak ada banyak informasi berkaitan bumbung solar itu, tetapi hibrid ini menggunakan enjin 2.0L dengan motor elektrik bagi memberi gabungan tenaga sebanyak 192 hp.

Harapnya Sime Darby Motors Malaysia memasangnya di sini agar ia boleh dijual pada harga RM150k dan dimiliki oleh ramai pengguna.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…