Hyundai Sonata Taxi, guna LPG, lampu bumbung canggih

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai Sonata Taxi
Hyundai Sonata Taxi
Selain kereta polis, satu lagi kenderaan yang menarik untuk diborakkan ialah teksi di negara maju apatah lagi dari jenama mewah.

Di Korea Hyundai Motor Company melancarkan Sonata Taxi dengan rupa depan yang sedia garang.

Sonata Taxi digerakkan enjin 2.0 liter Smartstream LPG 2.0 dan kotak gear automatik enam kelajuan khusus untuk teksi.

Enjin berkuasa 146 ps pada 6,000 rpm dan tork 191Nm pada 4,200 rpm. Tayar juga berbeza dan sekitar 20 peratus lebih tahan lama daripada tayar biasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai Sonata Taxi 2024

 

Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (generasi ketujuh).

Mengambil kira kegunaannya sebagai teksi, Hyundai telah melakukan proses ujian ketahanan kira-kira dua kali lebih kuat berbanding kenderaan biasa.

Bertugas sebagai teksi tidak bermakna keselamatan diabaikan dan Sonata Taxi dilengkapi sembilan beg udara.

 

Hyundai Sonata Taxi 2024

 

Teknologi bantuan pemanduan seperti Bantuan Pengkalan Lorong (LKA), Bantuan Pengikutan Lorong (LFA), Bantuan Pengekalan Lorong (LKA) dan Bantuan Had Laju Pintar (ISLA).

Selain ciri asas, Hyundai menawarkan pilihan seperti Kawalan Pandu Pintar dengan fungsi Henti dan Mula dan Bantuan Pengelakan Pelanggaran Depan termasuk persimpangan.

Turut ditawarkan Amaran Lintasan Trafik Belakang, Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang dan pelbagai lagi.

 

Hyundai Sonata Taxi 2024

 

Untuk maklumat hibur, Sonata Taxi dilengkapi skrin 12.3 inci, sistem connected car Navigation Cockpit (ccNC) dan kemas kini dalam talian (OTA).

Satu lagi ciri menarik pada bahagian luar ialah lampu teksi pintar atas bumbung yang canggih dan berbeza daripada kebiasaan.

Lampu dipasang di atas tiang B sebelah kanan dan menariknya memancarkan isyarat berhenti ke permukaan jalan sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya lain.

Penggunaan dan pengeluaran lampu pintar dibuat dengan kerjasama pihak industri. 

 

Hyundai Sonata Taxi 2024

 

Sonata Taxi ditawarkan daripada 22,540,000 won (RM79,164) dan 24,800,000 won (RM87,101) bergantung kepada jenis pelanggan.

Untuk warna, ada tiga pilihan iaitu putih, perak dan hitam.

Teksi garang ini dikeluarkan di China oleh Beijing Hyundai Motor Co., Ltd.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai Sonata Taxi 2024