Selepas pelancaran Staria versi tujuh tempat duduk tahun lepas, pihak HSDM telah banyak mendapat pertanyaan berhubung kehadiran versi 10 tempat duduk yang bakal menggantikan model Starex.
Menurut Low Yuan Lung, Pengarah Urusan HSDM berkata, "Staria 10 tempat duduk ini merupakan model ideal untuk keluarga besar, pengusaha pelancongan dan perniagaan, dengan pelbagai penambahbaikan dan fungsi didatangkan berbanding Starex terdahulu.

Bakal didatangkan dalam tiga varian iaitu Lite, Plus, dan Max, Hyundai Staria versi 10 tempat duduk ini dikuasakan oleh nadi 2.2 liter CRDi yang mampu menjana kuasa setinggi 177 PS dan daya kilas 431 Nm, serta padanan transmisi automatik lapan kelajuan.
Harga jualan anggaran bermula dari RM17X,XXX dengan yuran tempahan serendah RM1,000.
Pihak yang berminat boleh berkunjung ke mana-mana pusat pameran Hyundai berdekatan untuk membuat tempahan, atau dengan melayari platform beli belah dalam talian Cl!ck to Buy (https://www.hyundai.com.my/clicktobuy/).