Hyundai STARIA 10 tempat duduk dilancarkan, dari RM179,888

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors baharu sahaja melancarkan Hyundai STARIA versi 10 tempat duduk untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan harga jualan bermula dari RM179,888, Hyundai STARIA 10 tempat duduk ini boleh didapati dalam tiga varian utama, iaitu Lite, Plus dan Max.

Direka untuk kegunaan keluarga serta perniagaan yang besar, STARIA 10 tempat duduk ini mempunyai konfigurasi tempat duduk 2-3-2-3, dengan kehadiran ruang storan yang lebih banyak, dan tempat duduk yang boleh diluncurkan untuk mencipta ruang yang lebih besar sesuai dengan kegunaan yang pelbagai.

Disebabkan dimensi yang besar, Hyundai STARIA menawarkan ruang kaki yang besar, serta rekaan tingkap sisi yang paling besar di dalam kelasnya.

Ruang kabin pula menempatkan kokpit digital penuh dengan skrin kluster bersaiz 10.25 inci, skrin sentuh lapan inci di bahagian tengah, serta kehadiran ciri kamera 360 darjah untuk varian Max.
 

Staria


Secara standard, kesemua varian dilengkapi dengan sistem pendingin hawa dengan corong tambahan di bahagian siling, manakala varian Plus dan Max mendapat pintu gelangsar.

Dari segi kuasa, Hyundai STARIA hadir dengan enjin 2.2 CRDi menghasilkan 177 PS dan 431 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Ciri keselamatan yang dimuatkan (bergantung kepada spesifikasi) termasuklah Bantuan Pengelakan Pelanggaran  Hadapan (FCA), Bantuan Pengelakan Lintasan Trafik Belakang (RCCA), Bantuan Pengekalan Lorong (LKA), serta Kawalan Jelajah Pintar (SCC).

Harga jualan bermula dari RM179,888 untuk STARIA Lite, RM196,888 untuk versi STARIA Plus, dan RM209,888 untuk versi tertinggi STARIA Max.

Kesemua varian didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 50,000 km, serta opsyen naiktaraf kepada lima tahun atau 300,000 km serta pakej penyelenggaraan percuma 3 tahun/50,000 km dengan tambahan RM10,000.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…