Hyundai Staria 2024 diperkenal di Korea Selatan, enjin 1.6 turbo hibrid!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai Staria Hybrid 2024
Hyundai Staria Hybrid 2024
Penawaran kenderaan pelbagai guna (MPV) saiz besar di pasaran tempatan tidak begitu tandus sehingga mempunyai satu atau dua pilihan sahaja.

Pengguna mempunyai pilihan lain di kedai import atau unit baharu dalam plastik buatan Korea Selatan. 

Sebagai contoh Kia Carnival atau Hyundai Staria. Selepas Carnival rupa baharu, kini giliran Staria diperkenal di negara kelahirannya.

Penampilan Staria 2024 seperti sebelum ini dan Hyundai sudah membuka tempahan dan bakal dilancar secara rasmi pada Mac.

Nampak sama namun perubahan besar dibuat dengan menawarkan enjin 1.6 liter turbo hibrid. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai Staria Hybrid 2024

 

Sebagai rujukan, Staria pasaran tempatan digerakkan enjin 2.2 liter CRDi diesel turbo atau 3.5 liter V6 MPi dan LPi petrol di pasaran luar.

Enjin 1.6 liter turbo Staria hibrid menghasilkan 180 kuasa kuda (hp) dan tork 265Nm. Keseluruhan sistem memiliki 245 hp dan tork 367Nm (bergantung pada varian).

Bahagian luar nampak sama dan mirip Staria 2022 dengan lampu besar LED yang memanjang ke bawah berbanding Staria 2023 pasaran tempatan.

Pada bahagian dalam, tiada konsol gear pada papan pemuka dan diganti dengan panel yang menempatkan butang gear.

Lagi kelengkapan seperti amaran jarak parkir depan, mod penulenan udara, nyahkabus automatik, skrin lapan inci, monitor belakang dan sebagainya.

 

Hyundai Staria Hybrid 2024

 

Model umum Staria 2024 dilengkapi pengecas USB Type-C dan logo 2D aluminium.

Keselamatan penumpang ditingkatkan dengan memperlahankan kelajuan penutupan pintu gelangsar selain menambah bunyi amaran.

Staria Lounge yang merupakan varian mewah menggunakan rim hitam kilat. Turut dilengkapi penderia hujan dan lampu pelindung matahari ditukar kepada LED. 

Selain enjin 1.6 liter turbo hibrid, Staria 2024 digerakkan enjin 3.5 liter LPi dan 2.2 liter diesel.

 

Hyundai Staria Hybrid 2024

 

Berkenaan harga, Staria Cargo 1.6 Turbo Hybrid Modern tiga tempat duduk ditawarkan pada 34.33 juta won (RM122,492).

Model penumpang Staria Tourer 1.6 Turbo Hybrid Modern dengan sembilan tempat duduk berharga 36.53 juta won (RM130,361).

Model mewah Staria Lounge 1.6 Turbo Hybrid Inspiration tujuh tempat duduk berharga 46.14 juta won (RM164,672).

Penulis: Muhammad Md Tajudin