Hyundai tawar program tukar beli EV seperti peranti elektronik di Korea, pengguna dua kali dapat faedah

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai Certified
Hyundai Certified
Penawaran kenderaan elektrik (EV) menyaksikan proses pembelian turut berubah.

Sebagai contoh pembelian melalui laman web tanpa penasihat jualan dan bukan seperti biasa.

Pengeluar juga lebih kreatif dalam menarik pembeli namun masih berpaksi kepada amalan biasa iaitu pemberian insentif.

Di Korea Selatan, Hyundai Motor Company (HMC) memperkenalkan sistem tukar beli yang membolehkan pelanggan membeli EV seperti peranti elektronik.

Kaedah itu dibuat bagi mengurangkan bebanan harga buat pelanggan yang mahu membeli EV baharu dan meningkatkan jualan EV di Korea.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai Certified

 

Sebagai contoh, pelanggan menjual Ioniq 5 2022 yang dimiliki dan membeli Ioniq 5 terbaru pada harga lebih rendah daripada asal.

Pelanggan yang mahu menukar beli boleh menjual kenderaan menggunakan khidmat 'Sell My Car' melalui aplikasi atau laman web kenderaan terpakai Hyundai/Genesis yang disahkan.

Pelanggan program ini menerima dua faedah. 

Pemilik EV keluaran HMC atau Genesis yang menjual melalui khidmat kenderaan terpakai disahkan menerima pampasan sehingga dua peratus daripada harga jualan.

Satu lagi insentif ialah diskaun sebanyak 500,000 won (RM1,780) untuk EV HMC baharu seperti Kona Electric, Ioniq 5 dan 6.

 

Hyundai Certified

 

Faedah yang ditawarkan turut terbuka kepada pemilik kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan hibrid sekiranya mahu bertukar kepada EV HMC.

Pelanggan yang menjual kenderaan (tidak terhad kepada Hyundai) kepada pusat kenderaan terpakai Hyundai layak menerima pampasan sehingga empat peratus daripada harga jualan.

Diskaun untuk pembelian EV Hyundai pula sebanyak 300,000 won (RM1,067). Selain itu, Hyundai juga menawarkan penjualan kenderaan EV terpakai yang disahkan.

Hyundai menerima EV keluaran mereka atau Genesis dengan perbatuan 120,000 kilometer (km) dan ke bawah dan berusia dua hingga lapan tahun.

EV yang dibeli dari pelanggan akan melalui proses pengkomersialan dan dijual sebagai kenderaan terpakai Hyundai/Genesis yang disahkan.

 

Hyundai Certified

 

Proses pengkomersialan melibatkan pemeriksaan EV yang terperinci seperti sistem kawalan bateri.

Hyundai juga mengambil beberapa langkah dalam memberi keyakinan kepada pelanggan sebagai contoh Sistem Penarafan Bateri.

Sistem itu dibangunkan dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Teknologi Hyundai Motor Group dan berdasarkan penilaian terhadap keadaan bateri dan jarak pemanduan per cas.

Hanya EV yang menerima penarafan satu hingga tiga layak untuk lulus penilaian bateri dan dijual sebagai kenderaan terpakai disahkan.

HMC hanya menjual kenderaan dengan perbatuan 60,000 km atau lebih rendah dan berusia dua hingga tiga tahun selepas pendaftaran sebagai kenderaan EV terpakai yang disahkan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai Certified