Hyundai Xcient - trak tugas berat dengan trenkuasa sel bahan api produksi massa pertama di dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai telah pun melancarkan trak tugas berat Xcient di pasaran Eropah, di mana tujuh unit pertama trak tersebut telah pun diserahkan kepada pelanggannya di Switzerland.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disifatkan sebagai trak pikap sel bahan api produksi massa pertama di dunia, pengenalan trak Xcient ini menandakan kemasukan rasmi pertama Hyundai dalam divisyen trak komersial di Eropah, diikuti dengan Amerika Utara dan China tidak lama lagi.

Secara keseluruhannya, Hyundai bakal menghantar kira-kira 50 unit trak Xcient untuk tahun ini, dan mensasarkan pembekalan sehingga 1,600 unit trak sel bahan api di Eropah menjelang 2025.

 


Hyundai Xcient memiliki dimensi sepanjang 9,475 mm, dan dikuasakan oleh trenkuasa sel  bahan api hidrogen (225 hp) dan beberapa unit tangki hidrogen berkapasiti sehingga 32.09 kg.

Ia mampu membenarkan Hyundai Xcient memandu sejauh 400 km dengan masa pengisian semula bahan api hidrogen mengambil masa kira-kira 8-20 minit.

Usah risau dengan keterdapatan bahan api, ini kerana di Switzerland itu sendiri sudah pun tersedia lebih daripada 100 buah stesen pengisian yang bukan sahaja digunakan untuk kenderaan komersial, malah boleh digunakan untuk kereta elektrik sel bahan api!

 

sesi penyerahan trak Xcient di Eropah, baru-baru ini


Sementara itu, untuk pasaran Amerika Syarikat Hyundai akan menawarkan versi produksi model trak tugas berat HDC-6 Neptune Concept Class 8 dan traktor 6x4 dengan sasaran jualan 12,000 unit menjelang tahun 2030.

Di China, Hyundai akan menawarkan sehingga tiga model trak elektrik sel bahan api iaitu trak tugas sederhana, serta dua unit trak tugas berat 'yang dihasilkan khusus untuk pasaran China', dengan sasaran 27,000 unit terjual menjelang 2030.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Global
Volvo FM Low Entry ini merupakan model trak pertama Volvo yang dibangun dengan sistem pacuan…
Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…