IAA 2019 - Bikin sendiri G-Class idaman anda dengan program G Manufaktur!

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah mesin klasik yang tidak lapuk ditelan zaman, Mercedes-Benz mahu memberikan kebebasan kepada para pemilik untuk memiliki G-Class yang tersendiri dan lain dari yang lain.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

G Manufaktur, sebuah program kustom dalam talian yang memberikan opsyen-opsyen kepada para pemilik untuk mereka bentuk luaran serta dalaman yang serba eksklusif. 

 


Bermula dari pilihan rim yang pelbagai, 23 warna luaran yang mahal bergantung kepada warna sedia ada, sehinggalah kepada warna trim dalaman yang juga boleh dipilih dari segi eksklusif sehinggalah kepada kombinasi warna yang pelik dan aneh. 

Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk memasang trim dua tona merah dan hitam di bahagian stereng namun untuk tempat duduk pula boleh memilih gandingan warna hitam dan hijau terang. 

Aneh bukan? 

 


Namun, selagi anda mempunyai uang yang berjuta-juta tidak habis tujuh keturunan, tiada sebarang masalah untuk anda menetapkan G-Class kegemaran anda. 

Saksikan gambar langsung dari IAA 2019 sumbangan rakan media Automachi yang kebetulan berada di sana.