IAA 2019 - Honda Jazz varian hibrid bakal dijual di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Seiring dengan pengumuman model produksi elektrik pertama mereka Honda e, pengeluar dari Jepun itu turut membuat satu pengumuman penting berkenaan hatchback segmen B yang bakal muncul tidak lama lagi, Honda Jazz.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Difahamkan, Honda Jazz generasi baharu akan ditawarkan secara eksklusif dalam varian hibrid sahaja, sebagai sebahagian daripada pelan perancangan elektrifikasi Honda untuk pasaran Eropah. 

Strategi Electric Vision Honda mensasarkan hampir kesemua model yang ditawarkan bakal menerima varian hibrid elektrik menjelang tahun 2025, di mana ketika ini hanya sebuah model hibrid sahaja dijual di Eropah, iaitu Honda CR-V Hybrid. 

Menurut Tim Gardner, Naib Presiden Honda Motor Eropah berkata, "Jazz generasi baharu akan dilancarkan pada 2020, dan hari ini kami mengesahkan bahawa model hatchback ini akan ditawarkan dengan teknologi hibrid sebagai varian eksklusif.
 


Jazz generasi baharu dikhabarkan bakal menerima sistem hibrid motor berkembar i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive) yang sama digunakan pada CR-V, selain mengekalkan aspek praktikaliti yang ada pada Jazz terdahulu. 

Sementara itu, usah risau kerana Honda Malaysia sebelum ini membawa masuk model Jazz Hybrid bersama-sama City Hybrid dan juga HR-V Hybrid di bawah line-up Sport Hybrid i-DCD. 

Ini menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya negara di luar Jepun yang menawarkan varian hibrid kepada para pelanggannya. 

Sama-sama kita nantikan berita baik daripada Honda Malaysia berkenaan Jazz generasi baharu ini. 

Sumber gambar: AutoExpress UK.
Sumber berita: CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Global
  Turut berada di dalam pakej ialah bateri lithium-ion dan transmisi gear kekal melalui unit…