IAA 2019 - SUV mewah tujuh tempat duduk paling murah, Mercedes-Benz GLB 200

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Frankfurt Motor Show, atau nama Jerman-nya Internationale Automobil-Ausstellung (IAA 2019), Mercedes-Benz membawakan SUV tujuh tempat duduk yang baharu sahaja dilancarkan beberapa bulan lalu, GLB 200.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Mercedes-Benz mereka memposisikan GLB sebagai sebuah kereta keluarga kompak global sebagai satu pilihan bagi mereka yang mahukan sebuah SUV di antara GLA atau GLC. 

Dari segi luaran, ia tidak mempunyai banyak perbezaan jika dibandingkan dengan model konsep yang dipamerkan sebelum ini. 

 


Lampu utama juga tampil berbentuk ala-ala kekotakan serta penampilan gril yang berbeza mengikut varian (tipikal Mercedes-Benz).

Bagi menampakkan ia benar-benar sebuah SUV keluarga, sepasang rel bumbung menghiasi ruang tersebut selain penampilan cladding berwarna hitam. 

Walaupun GLB asalnya dipasarkan sebagai SUV dengan tujuh tempat duduk, tambahan dua tempat duduk di belakang ditawarkan sebagai opsyen bagi mereka yang tidak memerlukan kerusi tambahan di baris ketiga. 
 


Bagi memaksimumkan penggunaan ruang barangan di belakang, kerusi baris kedua boleh dilipat dengan nisbah 40:20:40. 

Ruang dalaman pula banyak mengambil unsur daripada A-Class terkini seperti penggunaan skrin lebar berkembar, sistem infotaimen MBUX dan pencahayaan kabin suram dengan 64 warna. 

Dari segi keselamatan pula, Mercedes-Benz GLB tampil dengan ciri yang dipinjamkan secara terus dari S-Class seperti Bantuan Stereng Aktif, Bantuan Penukaran Laluan Aktif, Bantuan Parkir Aktif PARKTRONIC dan sebagainya. 
 


GLB 200 seperti yang dipamerkan ini hadir dengan enjin bersesaran 1,332 cc yang mampu menjana 163 kuasa kuda dan 250 Nm dengan kepantasan pecutan 9.1 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 207 km/j. 

Akan tetapi, GLB 200 tidak didatangkan dengan sistem pacuan semua roda 4MATIC, jadi ia tidak ditawarkan dengan Pakej Offroad Engineering yang disekalikan dengan ciri Regulasi Kelajuan Menurun Cerun (DSR). 

Varian lain yang ditawarkan - GLB 180 d, GLB 200 d 4MATIC, GLB 220 d 4MATIC masing-masing berkongsi nadi enjin 2.0 liter diesel yang menghasilkan kuasa berjulat dari 114 hp/280 Nm sehinggalah kepada 187 hp/400 Nm
 


Harga jualan di Eropah bermula dari €37,764 atau RM173,976 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa. 
 


Sumber gambar: Automachi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, ia tidak pernah menghalang salah sebuah penala BMW, Alpina untuk memperkenalkan sebuah…
Berita Global
Dan kini, tiba masanya untuk kita mengetahui julat harga yang bakal diberikan kepada para pembeli…
Berita Global
Jenama yang menggunakan huruf H italik, Hyundai mengambil langkah yang sama dengan membawakan…