Ibu bapa maut terkunci dalam kereta ketika kemalangan, anak saman Tesla

oleh Penyumbang Rencana|
foto kemalangan/foto kecil Tesla model S
Sebuah keluarga di negeri Wisconsin menyaman syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) Tesla selepas lima orang maut akibat terperangkap di dalam kenderaan itu semasa terbakar, lapor akhbar New York Post.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Negeri Wisconsin, Jumaat lalu.

Jeffrey Bauer, 54 dan isterinya, Michelle, 55, adalah antara mangsa yang terbunuh selepas Tesla Model S yang dinaiki mereka melanggar sebatang pokok lalu terbakar di Verona pada 1 November tahun lepas. 

“Kesemua penumpang tidak dapat menyelamatkan diri apabila pintu Tesla itu gagal dibuka, menyebabkan mereka terperangkap. 

“Seorang pemilik rumah bergegas menghubungi pasukan kecemasan selepas mendengar penumpang menjerit meminta bantuan di dalam Tesla itu,” demikian menurut tuntutan yang difailkan oleh empat anak Jeffrey dan Michelle. 

Pejabat syerif tempatan mengesahkan bahawa sejumlah mayat ditemukan di tempat duduk hadapan, menunjukkan mereka bergelut untuk menyelamatkan diri semasa kejadian. 

“Pilihan reka bentuk Tesla mencipta risiko yang boleh dijangka iaitu penumpang yang terselamat daripada nahas akan kekal terperangkap di dalam kenderaan terbakar,” tulis peguam mereka dalam tuntutan itu. 

Tuntutan itu mendakwa Tesla cuai, selain menuduh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk menyedari risiko kebakaran yang boleh memusnahkan bateri kereta sekali gus menghalang pintu untuk terbuka secara automatik. 

NewYorkPost

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Mereka ingat boleh (buang sampah di tempat awam), sekarang tidak boleh. Kita nak Singapura bersih…
Berita Domestik
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata secara keseluruhan 313,529 notis saman…
Berita Domestik
"Sebanyak 10 saman pula atas kesalahan penggunaan aksesori tidak dibenarkan," katanya dalam…