Ibu cari nafkah sebagai penghantar makanan hancur kaki dirempuh lori

oleh SALINA JALIL|
gambar dari PDRM
Seorang ibu yang bekerja sebagai penghantar makanan untuk mencari nafkah hancur kaki kiri selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah lori dalam satu kemalangan di Jalan Lintas Labuk, di Sandakan pada hari Rabu.


Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, wanita berusia 40 tahun itu dikatakan baru selesai menghantar pesanan di kawasan berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa bergerak dari arah Batu Lapan ke Taman Fajar.

 

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai dirempuh oleh sebuah lori dari arah belakang.

 

Akibat rempuhan, mangsa mengalami kecederaan parah di kaki kiri lalu dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk menerima rawatan lanjut.

 

“Pemandu lori berusia 59 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

- Semoga Allah membantu golongan yang teranyiaya seperti kes kemalangan ini -

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…