Beliau bersyukur dengan rezeki berkenaan dan memberitahu suaminya memang sudah berhasrat untuk membeli motosikal model YAMAHA Y15ZR ini dalam masa terdekat. Namun, panggilan kemenangan beliau dari pihak PLMMSB memang cukup mengujakan dan sekaligus membatalkan niat suami untuk pembelian tersebut.
Beliau bersama keluarga telah datang ke acara PETRONAS Cub Prix pusingan keenam di litar Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu untuk majlis penyampaian hadiah kemenangan motosikal berkenaan.
Hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Timur, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah.
Berikut ialah senarai pemenang motosikal YAMAHA Y15ZR setakat ini:-
Julai : Norasyikin binti Mohd Salleh
Jun : Ahmad Shafiq bin Ahmad Sharifudin
Mei : Muhamad Faez bin Aju
April : Mohd Arif bin Mohmad Yasin
Mac : Sahrulnaim bin Sahrahan
Masih terdapat dua(2) buah YAMAHA Y15ZR (atau popular dengan Ysuku) untuk dimenangi sehingga tamat tempoh peraduan pada 30 September nanti. Hadiah kedua (YAMAHA R25) dan utama (YAMAHA R6) peraduan bakal disampaikan di acara bersempena MotoGP pada November nanti oleh pelumba-pelumba pasukan PETRONAS YAMAHA SRT iaitu Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.
Maklumat lanjut peraduan boleh didapati di laman sosial Facebook PETRONAS Sprinta Malaysia dan Instagram @petronas_sprintamy.