Ibu tunjuk isyarat lucah selepas kereta dipintas, anak 6 tahun maut ditembak

oleh SALINA JALIL|
Gara-gara menunjukkan isyarat lucah selepas kereta yang dipandu seorang wanita dipintas oleh kenderaan lain, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditembak mati dalam kejadian tersebut di Orange County, California.


Lapor Daily Star, ketika kejadian, Aiden Leos berada di tempat duduk belakang kereta Chevrolet milik ibunya apabila seorang penumpang dalam kenderaan lain melepaskan tembakan ke arah mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut saksi, ibu tunggal yang tidak mahu dikenali itu menunjukkan isyarat lucah terhadap pemandu kereta Volkswagen selepas mereka memintas keretanya.

 

Dilaporkan, kereta Volkswagen itu dipandu oleh seorang wanita yang turut ditemani oleh penumpang lelaki.

 

Suspek wanita cuba mengejar dan penumpang lelaki pula melepaskan satu das tembakan ke arah belakang kereta Chevrolet sehingga terkena di bahagian perut Leos.

 

Selepas memberhentikan keretanya di tepi jalan, wanita tersebut bergegas mengangkat anaknya yang cedera dan cuba mendapatkan bantuan. 

 

Seorang pegawai polis tidak bertugas yang berada di lokasi itu cuba memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sehingga paramedik tiba.   

 

Budak lelaki itu dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Orange County namun diisytiharkan meninggal dunia.

 

Kejadian tembakan itu berlaku di Route 44 di Orange County, Selatan California ketika kanak-kanak itu bersama ibunya dalam perjalanan ke tadika.

 

Polis masih mencari suspek yang melarikan diri selepas insiden itu berlaku.

 

Dalam satu sidang akhbar, kakak Leos, Alexis Cloonan menyifatkan adiknya sebagai seorang budak yang baik.

 

 

 

 

Utusan

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada Sabtu, Pengawal Pantai Filipina menyiarkan gambar Pengawal Pantai China menggunakan meriam air…
Berita Domestik
  Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 40-an berjaya melarikan diri dan meminta bantuan…