iCar Asia lancar platform bidaan kenderaan atas talian CarlistBid.my

oleh Mohamad Hanif|
iCar Asia, pemilik portal automotif ASEAN nombor satu di Malaysia, Thailand dan Indonesia melancarkan CarlistBid.my, sebuah platform baharu bagi menjual kenderaan yang lebih selamat dan boleh dipercayai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan tagline Malaysia's Most Trusted Car Bidding Platform, CarlistBid.my menggunakan rangkaian data terbesar yang tersedia dengan lebih tiga juta penjual dan tiga ribu pengedar berdaftar. 

 


Sehubungan dengan itu, iCar Asia juga turut melancarkan pusat pemeriksaan perdana tersendiri yang terletak bersebelahan dengan Regal Valet Auto Detailing Outlet, Kampung Sungai Penchala. 

Menurut Hamish Stone, Ketua Pegawai Eksekutif iCar Asia, mereka telah menjalankan ujian percubaan selama empat bulan melibatkan kumpulan 100 pengedar (daripada 3,000 yang telah berdaftar) dengan  jumlah jualan dicatatkan melebihi RM2.1 juta, purata sebanyak lima hari untuk melengkapkan sesebuah jualan. 
 


CarlistBid.my memudahkan urusan pembidaan dengan empat langkah mudah iaitu

Request - pengguna hanya perlu menghantar permohonan secara atas talian
Inspect - menempah slot untuk pemeriksaan kenderaan serta nasihat yang berkaitan
Bid - setelah bersetuju dengan terma dan syarat, bidaan akan dibuka kepada pengedar bertauliah Carlist.my
Sold - tawaran yang terbaik akan diterima, diteruskan dengan proses pengalihan hak pemilik dan proses bayaran

Platform ini akan diperluas penawarannya kepada negara Thailand dan Indonesia tidak lama lagi.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.carlistbid.my atau www.icarasia.com

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hasil nilai bidaan berkenaan akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan. Pada pertemuan itu,…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…
Berita Domestik
"Carsome juga menjalankan pemeriksaan ke atas 489 unit kenderaan pada hari tersebut, jauh melebihi…