Idea kenakan had kelajuan di Autobahn timbul lagi

oleh Mohamad Hanif|
Jerman berkemungkinan besar akan melaksanakan sekatan had laju terhadap lebuh raya yang paling terkenal di dunia - Autobahn selepas kerajaan baru dibentuk.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Idea tersebut timbul semula selepas parti Social Democrat (SPD) - yang menyokong langkah mengenakan had laju nasional -  berjaya memperoleh kemenangan tipis ke atas parti Free Democrat.

Ketika parti SPD memerintah antara tahun 1998 hingga 2005, mereka membentuk gabungan dengan parti Green namun mereka tidak mengenakan sekatan had kelajuan di lebuh raya itu.

Laporan daripada akhbar Deutsche Welle menyebut SPD menyokong langkah tersebut memandangkan anggaran menunjukkan ia mampu mengurangkan kadar emisi CO2 Jerman sebanyak 2 juta tan setiap tahun.

Persatuan permotoran ADAC sebelum ini menentang langkah mengenakan had kelajuan nasional disebabkan kadar kemalangan dan kematian di lebuh raya itu tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan negara yang mempunyai infrastruktur dan had laju yang serupa seperti Belgium, Perancis dan Amerika Syarikat.

Namun, kini 50 peratus daripada 21 juta ahli ADAC menyokong langkah mengenakan had kelajuan di lebuh raya tersebut. Hanya 45 peratus ahli menyokong langkah untuk mengekalkan status tanpa had laju di Autobahn sementara lima peratus lagi tidak membuat sebarang keputusan.

Menurut pengarah Center of Automotive Management, Stefan Bratzel berpendapat dengan peningkatan kenderaan elektrik, kelajuan yang dicatatkan mungkin akan berkurangan.

"Kebanyakan pemandu EV memandu pada kelajuan 120-130 km/j sahaja, ini kerana pemanduan melebihi kelajuan tersebut akan menyebabkan jarak pemanduan yang tersisa menurun dengan cepat," jelas beliau.

Sumber: Deutsche Welle

Berita Berkenaan

Berita Global
Bercakap kepada media Jerman, Menteri Pengangkutan Volker Wissing menjelaskan langkah…
Berita Global
Pegawai polis yang sedang memandu kereta peronda di A70 Autobahn menyedari bahawa seorang lelaki di…
Berita Global
Sistem yang lebih dikenali sebagai Drive Pilot itu boleh didapati di Jerman bermula 17 Mei ini…