Iklan Autopilot Tesla mengelirukan - pakar keselamatan UK

oleh Mohamad Hanif|
Awal minggu ini, mahkamah di Jerman memutuskan bahawa Tesla didapati mengelirukan penggunanya berhubung keupayaan sistem pemanduan semi-autonomi Autopilot.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Disebabkan itu, pihak berkuasa memutuskan untuk mengharamkan Tesla Jerman daripada menggunakan sesetengah perkataan di dalam sebarang iklan yang berkaitan dengan Autopilot tersebut.

Selain daripada Jerman, pakar keselamatan kenderaan di UK juga turut mengakui bahawa teknologi Autopilot yang disebutkan itu telah dipasarkan dengan cara yang mengelirukan, menurut laporan daripada AutoExpress.

Menurut Matthew Avery daripada Thatcham Research, serta salah seorang daripada ahli lembaga Euro NCAP berkata, pihak mereka telah lama memberikan amaran terhadap sistem Autopilot yang "memberikan bantuan kepada pemandu, bukan sebuah sistem pandu-sendiri".

 


Tolak ketepi dakwaan Tesla yang menyebut kesemua model baharunya kini dilengkapi dengan perkakasan yang diperlukan untuk sistem pemanduan autonomi penuh, sistem sedia ada Tesla hanya boleh dikategorikan sebagai pemanduan autonomi Level 2 dan Level 3 sahaja.

Tambahan pula, Thatcham Research turut mendapati sesetengah pemilik Tesla di UK menerima emel mengelirukan yang menyebut: "Rekod kami mendapati anda masih belum menaiktaraf Model S dengan ciri Full Self-Driving Capability. Anda boleh naiktaraf pada harga diskaun £2,200 (RM11,805).

Namun, Avery masih percaya dengan istilah pemasaran yang bersesuaian, ciri seperti Autopilot boleh menjadi satu bantuan pemanduan yang sangat efektif dan mampu memberikan manfaat kepada aspek keselamatan jalan raya.

 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…