Iklan baharu Toyota GR86 kalahkan AE86 Initial D (sekali lagi)..

oleh Mohamad Hanif|
Siri animasi Initial D telah pun ditamatkan siarannya beberapa tahun yang lalu, namun popularitinya masih lagi kekal sehingga sekarang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, Toyota menggunakan populariti animasi tersebut dengan menyiarkan siri iklan komersial beranimasi bagi kereta sports generasi baharu Toyota GR86 2022 yang turut menampilkan kereta lagenda AE86 daripada Initial D.

Jika sebelum ini Takumi Fujiwara telah 'dikalahkan' oleh Drift King Keiichi Tsuchiya, kali ini Takumi menerima pencabar baharu!

 


Kisah bermula apabila Takumi memandu AE86 Sprinter Trueno-nya di jalan berbukit, apabila beliau terserempak dengan seorang pelumba muda (Inui Shinji) di dalam Toyota 86.

Selepas Takumi mengalahkan Toyota 86 menggunakan teknik memadamkan lampu utama, sebuah Toyota GR86 berwarna merah muncul dari belakang untuk mencabar Takumi.

Agak mengejutkan Takumi apabila beliau mendapat tahu pemandu GR86 itu tak lain dan tak bukan bapa kandungnya sendiri, Bunta Fujiwara.

Iklan tersebut berakhir dengan babak di mana Takumi tiba di rumah untuk melihat sebuah GR86 yang diparkir di hadapan kedai tofu mereka.

Baca: GR86 generasi baharu jadi kereta sports hibrid

Baca: Tiada model baharu GR selepas ini

Baca: GR86 guna enjin tiga silinder GR Yaris

Baca: Ulang tahun ke-10 Subaru BRZ, Toyota 86

Berita Berkenaan

Berita Global
Iklan itu dipertontonkan di Facebook dan ia berkisar sebuah konvoi trak pikap Hilux yang dipandu…
Berita Global
Mereka turut melancarkan kempen iklan bersiri, di mana dua daripadanya telah pun disiarkan sebelum…
Berita Global
Animasi stail Initial D juga kerap kali digunakan oleh Toyota untuk mempromosikan kereta sports…