Iklan GR86 tampil gandingan watak Takumi Fujiwara dan Drift King!

oleh Mohamad Hanif|
Pengaruh animasi Jepun (anime) sememangnya memberikan impak yang cukup besar kepada model Toyota yang satu ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kalau bukan kerana pengaruh Initial D, berkemungkinan besar populariti AE86 tidaklah sehebat masa sekarang, dan lihat sahajalah kepada harga jualan yang melambung tinggi untuk sebuah kereta yang berusia hampir 40 tahun ini.

 


Semangat AE86 kemudian diturunkan kepada model pacuan roda belakang moden GT86 dan generasi baharu GR86, di mana ia kini menjadi sebuah kereta sports yang sebenar dan masih lagi boleh dinikmati oleh golongan yang mampu memilikinya.

 


Untuk mempromosikan GR86, Toyota sekali lagi menggunakan pengaruh Initial D yang bukan sahaja menampilkan aksi stail anime, malah ia juga turut memperlihatkan watak utama Initial D, Takumi Fujiwara beserta Toyota AE86, dan tidak ketinggalan Drift King Keiichi Tsuchiya!

 


Tiga iklan komersial berjudul 'Mastering The Craft', 'Pursuit' dan 'The Challenge' itu menampilkan aksi-aksi pemanduan drift dan diiringi oleh alunan muzik Eurobeat yang biasa kita dengar dalam anime tersebut.

Bagi mereka yang tidak tahu, siri anime Initial D kini mempunyai pengganti baharu, iaitu MF Ghost yang dilaporkan sedang dalam pembikinan.

Baca: Anime MF Ghost dalam pembikinan