Iklan komersil Lexus LS 500 tampilkan menara gelas dan Akio Toyoda sebagai watak tambahan

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingatkah anda terhadap iklan lagenda yang pernah diterbitkan oleh Lexus pada tahun 1989 dalam mempromosikan model pertama Lexus LS400 untuk pasaran Amerika Syarikat?

Dalam iklan berdurasi 30 saat itu, Lexus telah menggunakan menara gelas champagne untuk memperlihatkan betapa lancarnya operasi sistem enjin LS 400 tanpa menyebabkan gegaran atau tumpahan air pada kelajuan simulasi melebihi 200 kilometer sejam.

 


Tiga puluh tahun berlalu (sama pula dengan usia penulis), Lexus mahu mengembalikan nostalgia iklan lagenda tersebut dengan menggunakan model baharu Lexus LS 500 serta tetapan menara gelas champagne yang serupa. 

Kali ini, Lexus mendapatkan khidmat pertolongan daripada insan yang sinonim dengan jenama tersebut, Akio Toyoda untuk menyusun gelas-gelas tersebut di atas hud enjin LS 500. 

 


Advertorial ini diusahakan oleh pengedar Lexus di New Jersey, Lexus of Route 10, dan selepas selesai Akio Toyoda menyusun menara gelas tersebut (tidak termasuk gelas yang pecah), kereta tersebut dimulakan dengan pemanduan yang menghampiri kelajuan 145 batu sejam (233 km/j) - sama seperti iklan asal.

 

Iklan asal Lexus LS 400 tahun 1989!

Berita Berkenaan

Berita Global
Apatah lagi jika insan yang 'dipilih' itu sebenarnya mampu memberikan impak yang besar kepada…