Iklan tipu pelanggan - syarikat jual kereta dalam talian diserbu

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, sebuah syarikat menjual kereta terpakai di Klang diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas didapati membuat iklan jualan mengelirukan pengguna.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata, serbuan dijalankan hasil aduan pengguna mengenai sebuah syarikat yang mengiklankan penjualan kereta jenis Proton Saga 1.3A yang menyatakan harga kenderaan adalah RM9,800 utuk tahun pengeluaran 2010.

Namun, setelah pemeriksaan mendapati harga sebenar kenderaan ialah RM11,800 dan tahun pengeluaran pada geran pula adalah 2008.

"Sehubungan itu, KPDNHEP Selangor menyita kereta berkenaan, selain merampas kunci dan geran," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 18 (1) Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu tiada seorang pun boleh membuat kenyataan palsu atau mengelirukan dalam mana-mana iklan berhubung apa jua barang atau perkhidmatan. 

Sabit kesalahan, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM500,000 di bawah Seksyen 21 akta yang sama, ujar beliau. - Sinar Harian.