'Ikon Permotoran' disaman kerana tiada lesen memandu

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pempengaruh yang turut dikenali sebagai 'ikon permotoran' disaman kerana didapati tidak mempunyai lesen memandu dalam pemeriksaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut, di sini malam tadi.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Difahamkan, lelaki berusia 20-an berkenaan ditahan ketika sedang memandu kenderaan jenis Audi kira-kira pukul 11 malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim mengesahkan kejadian berkenaan yang berlaku ketika operasi motosikal dan pelbagai kesalahan dijalankan JSPT KL.

“Tindakan saman telah diambil terhadap sebuah kenderaan jenis Audi berwarna hitam di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak mempamerkan nombor pendaftaran di bahagian hadapan kenderaan.

“Selain itu, tindakan saman turut dikenakan kerana memandu tanpa lesen,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular hari ini di media sosial memaparkan gambar saman polis trafik yang dimuat naik di Facebook berhubung seorang ‘influencer’ disaman kerana tiada lesen memandu.

Sumber: Kosmo