Imej luaran Land Rover Defender tertiris lagi

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah berbulan-bulan menunggu, anda kini boleh melihat dengan lebih terperinci wajah luaran Land Rover Defender generasi baharu, namun ia lebih kepada imej yang terdapat pada paparan instrumen digital. 

Gambar tersebut diperoleh daripada forum perbincangan Land Rover dan secara tidak langsung ia memperlihatkan butiran yang lebih teliti berkenaan SUV off-road yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. 
 


Walaupun bukanlah imej yang sebenar, kita semua dapat melihat bahawa Land Rover Defender masih kekal dengan imej kekotakan yang dibawakan daripada generasi terdahulu. 

Malah, tempat meletak tayar simpanan juga masih dikekalkan di bahagian belakang. 
 


Walaupun dengan imej kotak, Land Rover Defender membawakan banyak teknologi terkini bagi memastikan ia kekal membawakan imej SUV off-road sejati, seperti sistem suspensi udara, sistem Terrain Response, platform moden dan transmisi automatik.

Sebelum ini, Land Rover giat menguji keberkesanan Defender seperti di litar Nurburgring, dan berjaya mencapai jarak pengujian sejauh 1.2 juta kilometer di beberapa lokasi di seluruh dunia seperti di Eastnor, UK, Moab, Utah dan Dubai untuk model Defender ini. 
 


Malah, Land Rover Defender juga turut digunakan oleh jurugambar terkenal dunia David Yarrow bagi merakam gambar haiwan liar di Afrika. 

Land Rover bekerjasama dengan Tusk, sebuah organisasi yang menjalankan program pemuliharaan haiwan yang terancam di seluruh Afrika bagi meningkatkan kesedaran orang awam terhadap spesis singa yang kian berkurangan saban tahun. 
 


Dengan keupayaan off-road yang masih lagi menjadi identiti Land Rover, Defender mampu membawa David Yarrow meneroka muka bumi Borana Conservancy di Laikipia, utara Kenya untuk tujuan pemantauan dan operasi menyelamatkan singa yang terancam. 

Sehingga kini, populasi singa liar Afrika kurang daripada 20,000 ekor dan dibimbangi menuju ke ambang kepupusan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Informasi berkenaan BAIC Jishi 01 dikatakan muncul di laman web Kementerian Industri dan Teknologi…