Imej paten dedah bentuk sebenar Crown 2023 versi crossover

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang pernah Careta laporkan sebelum ini, generasi baharu Toyota Crown bakal muncul dalam dua atau tiga bentuk badan yang berbeza, sedan, crossover dan mungkin sekali sebuah station wagon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan imej paten yang diperoleh daripada pejabat pendaftaran di Jepun (dan dilaporkan oleh Creative311), kita kini dapat melihat dengan lebih jelas bentuk badan kedua yang bakal ditawarkan oleh generasi ke-16 Toyota Crown, iaitu sebuah fastback dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi.  

Difahamkan, ia akan digelar sebagai Crown Cross dengan dimensi berukuran 4,930 mm, lebar 1,840 mm, tinggi 1,540 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,850 mm, jauh lebih besar berbanding sedan generasi terkini namun jarak antara roda yang sedikit pendek.
 

Crown


Dengan munculnya imej paten terbaharu ini, ia dilihat bertepatan dengan sebuah lagi laporan yang muncul daripada Jepun (BestCarWeb) yang menyebut generasi ke-16 itu akan membawakan pendekatan yang lebih berbeza.

Namun, laporan BestCarWeb menyebut Toyota Crown itu akan muncul sebagai sebuah sedan mewah jenis fastback dengan nama baharu Crown Sedan Plus tanpa menyebut sebarang info berkenaan kehadiran versi SUV.

Baca: Generasi baharu sedan Crown bakal digelar Crown Sedan Plus

Unit trenkuasa hibrid yang bakal digunakan terdiri daripada enjin empat silinder 2.5 liter aspirasi natural, dan enjin 2.4 liter turbo, di mana pilihan transmisi pula adalah jenis CVT untuk enjin 2.5L hibrid, atau automatik untuk 2.4L hibrid.
 

Crown


Semenjak Crown muncul pada tahun 1955, sedan tersebut sudah pun bertahan selama 15 generasi di mana ia muncul dalam bentuk badan sedan sebagai model utama, serta beberapa penawaran bentuk badan coupe, wagon dan juga versi trak pikap.

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, prestasi jualan sedan Toyota Crown kian merudum disebabkan oleh populariti SUV.

Terdapat ura-ura Toyota akan menghentikan terus penawaran sedan Crown bagi memberikan laluan kepada SUV yang jauh lebih menguntungkan, dan ia diperkuatkan lagi dengan kehadiran nama model Crown sebagai sebuah MPV dan juga SUV di negara China.

Baca: Toyota Crown Vellfire

Baca: Toyota Crown Kluger

Nantikan sahaja kemunculan rasmi sedan (atau crossover) Crown generasi baharu yang dijadualkan berlangsung pada 15 Julai ini.

Sumber: Creative311

Berita Berkenaan

Berita Global
Kebiasaannya, nama 'Sport' selalu dikaitkan dengan bentuk badan hatchback, namun Crown Sport ini…
Berita Global
Tidak seperti sedan generasi terdahulu, Crown Sedan baharu ini mempunyai dimensi 120 mm lebih…
Berita Global
Sedan eksekutif Toyota Crown itu sendiri diambil daripada nama tersebut, Corona (bukan coronavirus…