Imej paten dedah rekaan sebenar sedan Honda Accord generasi baharu

oleh Mohamad Hanif|
Kita nampaknya tidak perlu menunggu dengan lebih lama untuk melihat rekaan sebenar sedan segmen D Honda Accord selepas unit ujian model tersebut dikesan beberapa minggu yang lalu.

Berdasarkan pendaftaran paten yang berjaya ditemui di Brazil, ia memperlihatkan rupa paras sebenar Accord generasi baharu tanpa sebarang pelekat samaran.
 

paten


Seperti yang diduga, Honda Accord generasi baharu bakal mendapat muka depan baharu dengan unit lampu yang lebih nipis, gril yang direka semula, rekaan bampar yang lebih segar, sementara unit lampu belakang pula mendapat rekaan serba baharu diikuti dengan bampar belakang baharu.

Terdapat kemungkinan Honda akan mengekalkan penawaran trenkuasa sedia ada, terdiri daripada enjin 1.5 liter turbo menghasilkan 192 hp atau nadi 2.0 liter turbo berkuasa 252 hp, serta tidak ketinggalan trenkuasa hibrid 2.0 liter (212 hp).
 

paten


Tiada sebarang gambar ruang kabin didedahkan buat masa ini, namun selari dengan perkembangan semasa, Honda akan membawakan susun atur yang lebih malar segar pada bahagian tersebut, mungkin sekali membawakan elemen rekaan yang ada pada model Civic dan juga CR-V baharu.

Setakat ini Honda tidak mendedahkan sebarang tarikh pelancaran rasmi untuk sedan segmen D ini.

 


Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas memperkenalkan dua model EV (XC40 EV dan C40 EV), Volvo bakal melancarkan sebuah SUV…
Berita Global
Kini, syarikat Sany yang terkenal dengan kren, trak dan jentolak itu dikatakan tampil dengan produk…
Berita Global
Model yang bakal muncul pada tahun 2024 pula merupakan Polestar 5, di mana imej paten yang…