Imej paten dedah rekaan sebenar Volvo XC90 EV

oleh Mohamad Hanif|
Volvo telah berazam untuk menjadi sebuah pengeluar EV sepenuhnya dalam masa beberapa tahun akan datang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Selepas memperkenalkan dua model EV (XC40 EV dan C40 EV), Volvo bakal melancarkan sebuah SUV elektrik saiz besar XC90 menjelang tahun hadapan dengan membawakan nama baharu bermula dari huruf E.
 

XC90


Anda tidak perlu menunggu lama untuk melihat rekaan sebenar SUV elektrik baharu itu, memandangkan laman forum Worldscoops telah pun mendedahkan rekaan sebenar SUV itu menerusi empat keping imej paten.

Berdasarkan imej paten tersebut, terdapat kemungkinan besar ini merupakan model EV yang sebenar berdasarkan rekaan jeriji yang 'kosong' tanpa kehadiran bukaan udara, serta ketiadaan corong ekzos pada bahagian bampar belakang.
 

XC90


Rekaan lampu utama dilihat lebih kecil namun masih mengekalkan identiti lampu DRL Thor Volvo, sementara lampu belakang pula dilihat menyamai rekaan yang terdapat pada model konsep Recharge.

Terdapat laporan yang menyebut SUV elektrik XC90 ini akan digelar sebagai Embla berdasarkan penemuan pendaftaran tanda dagang, sekaligus menguatkan kenyataan di mana Volvo akan menghentikan penggunaan tatanama XC, V dan S pada model-model akan datang.
 

XC960


Namun, laman Motor1 berjaya menemukan pemfailan tanda dagangan baru di mana Volvo telah mendaftarkan nama EXC90 untuk model baharu mereka.

Untuk makluman, generasi kedua Volvo XC90 telah pun berada di pasaran sejak tahun 2015, dan sejak daripada itu SUV saiz pertengahan ini telah pun mendapat beberapa penambahbaikan sebelum model facelift muncul pada tahun 2019.

Yang pasti, generasi baharu Volvo XC90 bakal muncul dalam tempoh terdekat dengan membawakan lebih banyak perincian dan spesifikasi yang lebih moden.

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Lihat sahaja pada model seperti Atto 3 dan Dolphin yang banyak melata di atas jalan pada ketika ini…
Berita Global
Model terbaharu itu telah diumumkan pada penghujung tahun lepas, dan kini kita sudah boleh melihat…
Berita Global
Imej beresolusi rendah yang dikongsikan oleh beberapa akaun Instagram itu memperlihatkan pengganti…