Imej paten Honda Civic generasi ke-11 terdedah - rupa paras lebih sopan

oleh Mohamad Hanif|
Bulan Julai lalu, Honda telah mengesahkan bahawa generasi kesebelas Honda Civic akan membuat kemunculan menjelang tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk menjadikan penantian tersebut lebih mendebarkan, beberapa imej paten sedan generasi baharu tersebut nampaknya telah tertiris di dalam talian menerusi forum Civic XI.

Jika dibandingkan dengan Civic generasi kesepuluh, Civic baharu ini dilihat membawakan rekaan yang lebih matang, dimulakan dengan lampu utama yang lebih tirus, rekaan gril lebih nipis, dan rekaan bumper yang dikemaskini.

 


Sementara bahagian belakang pula menampilkan rekaan lampu utama yang berbeza (bukan lagi berbentuk sepit ketam) untuk kedua-dua versi hatchback dan sedan, di mana versi hatchback mendapat rekaan lampu yang bersambung.

Perubahan yang lebih ketara turut diperhatikan pada rekaan papan pemuka di mana posisi corong pendingin hawa tengah telah dialihkan tempatnya di antara skrin tengah dan unit kawalan pendingin hawa.

 


Malah, reka bentuk baharu ini menampakkan garisan lurus yang lebih prominen jika dibandingkan dengan Civic sedia ada.

Jadi, apa pendapat anda berkenaan Honda Civic generasi kesebelas ini?

Adakah ia mampu menawan hati anda?

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Berita Domestik
Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal…
Berita Domestik
Beliau berkata, video itu memaparkan seorang anggota polis trafik cuba memberhentikan kereta jenis…