Satu daripadanya merupakan sebuah SUV plug-in hybrid L7, manakala sebuah lagi model akan membawakan bentuk badan sedan fastback berkuasa elektrik dinamakan Galaxy Light.
Imej paten sedan elektrik tersebut kini muncul di pejabat pendaftaran paten Eropah yang memberikan bayangan ia kini sedia untuk diproduksikan kelak.
Berbeza daripada model konsep yang dipamerkan sebelum ini, Galaxy Light versi produksi membawakan ciri bukaan pintu yang lebih konvensional, set rim yang lebih kecil diameternya, diikuti dengan gandar depan yang telah diposisikan dekat dengan kabin menjadikan jarak antara roda yang lebih pendek.
Ciri lain yang boleh didapati termasuklah pemegang pintu tertanam kemas, bukaan hud hadapan jenis clamshell, unit lampu hadapan yang tajam, serta unit lampu belakang yang mempunyai bar LED yang nipis.
Sedan elektrik Galaxy Light ini akan dibangun berdasarkan platform E-CMA seperti model Polestar 2 dan pelbagai model Lynk & Co.
Spesifikasi teknikal walau bagaimanapun masih lagi belum didedahkan buat masa ini, namun Geely mengesahkan model-model Galaxy ini akan menggunakan sistem bateri baharu Aegis yang direka untuk melindungi sel bateri daripada kebakaran sewaktu kemalangan.