Imej paten supercar hibrid Lamborghini tertiris, dedah rekaan pengganti Aventador V12

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini nampaknya telah pun mendaftarkan paten rekaan bagi model pengganti Lamborghini Aventador V12 di Pejabat Harta Intelek, baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Imej beresolusi rendah yang dikongsikan oleh beberapa akaun Instagram itu memperlihatkan pengganti Aventador dari beberapa sudut, yang pasti ia membawakan rekaan yang jauh lebih agresif.
 

avt


Rupa paras supercar ini nampak lebih kurang sama dengan ahli keluarga yang lain, dikuasai dengan pelbagai elemen tajam dan rekaan berbentuk Y, sementara bahagian belakang pula menempatkan sepasang tip ekzos berbentuk heksagon yang diapit oleh lampu berbentuk Y.

Dalam beberapa laporan terdahulu, Lamborghini mengesahkan model pengganti Aventador ini masih lagi mengekalkan peranan enjin bentangan V12 yang akan dibantu dengan sistem hibrid motor elektrik.
 

AVT


Mungkin, angka kuasa kuda yang bakal dihamburkan oleh pengganti Aventador ini mampu menyaingi model-model supercar hibrid yang ada di pasaran, seperti Ferrari SF90 Stradale.

Lamborghini dijangka akan mendedahkan model yang masih belum mendapat nama rasmi ini pada tahun ini sebagai model tahun 2024.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lihat sahaja pada model seperti Atto 3 dan Dolphin yang banyak melata di atas jalan pada ketika ini…
Berita Global
Model terbaharu itu telah diumumkan pada penghujung tahun lepas, dan kini kita sudah boleh melihat…
Berita Global
Selepas memperkenalkan dua model EV (XC40 EV dan C40 EV), Volvo bakal melancarkan sebuah SUV…