Imej paten trak pikap elektrik milik Sany Group terdedah

oleh Mohamad Hanif|
Sany Group, syarikat yang terkenal dengan produk komersial berat seperti kren, jentolak dan trak tugas berat tampil dengan sebuah produk baharu berbentuk sebuah trak pikap berkuasa elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Car News China, imej paten tersebut sebenarnya telah didaftarkan di bawah nama Hunan Xingbida Network Technology - sebuah syarikat yang dimiliki oleh Sany Group.
 

Sany


Syarikat itu dilancarkan pada tahun 2019 dengan skop perniagaan merangkumi produk seperti EV, fasiliti pengecasan, bateri boleh ditukar dan sebagainya.

Dari segi luaran, trak pikap elektrik ini membawakan reka bentuk yang agak bersegi, dengan unit lampu nyalaan siang LED jenis menegak, logo Sany yang beriluminasi, serta bantuan lampu tambahan pada bahagian bawah.
 

Sany


Bahagian sisi pula menempatkan rekaan pintu yang tertanam kemas, garisan badan yang agak tajam, serta tempat pemijak sisi yang memudahkan urusan keluar dan masuk.

Menariknya, bahagian bed belakang mempunyai dimensi yang agak pendek berbanding trak pikap lain.
 

SANY


Spesifikasi trak pikap ini masih lagi belum diketahui, namun Sany dilaporkan sedang bekerjasama dengan pembekal bateri CATL untuk trak pikap berkuasa elektrik ini.

Sumber: CarNewsChina

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…