Imej penuh Lexus NX generasi baharu tertiris sepenuhnya sebelum pelancaran rasmi

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan kesilapan manusia, kita kini boleh melihat dengan lebih awal dan teliti SUV generasi baharu Lexus NX 2022 yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Imej yang diperoleh daripada ClubLexus.com ini merupakan tangkap layar video produk yang tertiris ke dalam alam maya yang memaparkan bahasa rekaan baharu yang digunakan pada Lexus NX 2022, serta rekaan ruang kabin.

 


Tidak banyak informasi yang boleh dipetik, selain daripada penggunaan platform baharu yang menjanjikan penawaran trenkuasa plug-in hybrid, sistem bantuan pemandu yang lebih maju serta lebih ciri sambungan yang ditawarkan.

Dari segi penampilan, Lexus NX 2022 membawakan rekaan dinamik yang lebih bersih, mengekalkan ciri gril hadapan signatur Lexus dengan rekaan jeriji baharu, pemasangan lampu LED depan dan belakang, dan panel sisi tanpa kehadiran garis-garis badan yang sibuk.

 


Sementara ruang kabin Lexus NX 2022 pula menampilkan rekaan berorientasikan pemandu, terdiri daripada skrin kluster instrumen digital, skrin paparan infotainmen yang besar di tengah, serta rekaan konsol tengah yang diinspirasikan daripada model Toyota Mirai.

Pelancaran rasmi Lexus NX 2022 bakal mengambil tempat dalam masa beberapa minggu lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk pasaran tempatan, terdapat dua versi yang boleh dipilih, iaitu NX 250 Luxury dan versi yang…
Berita Domestik
Terdapat dua pilihan varian ditawarkan, iaitu Lexus NX 250 Luxury dan versi Lexus NX 350 F SPORT.…
Berita Global
  Satu perkara menarik tentang bidang pengendalian, Yamaha Motor Co., Ltd. adalah syarikat yang…