Imej rasmi Subaru Forester 2024 terdedah, gaya SUV Amerika!

oleh Mohamad Hanif|
Belum pun sempat Subaru menarik tirai pelancaran yang dijadualkan pada 17 November ini, kita sudah pun boleh melihat beberapa keping gambar rasmi SUV generasi baharu Forester 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan imej yang diperoleh daripada laman media sosial Reddit, Subaru Forester 2024 generasi keenam tersebut dilihat membawakan pendekatan rekaan gaya SUV Amerika, selain elemen rekaan yang wujud pada model WRX, Outback dan juga Crosstrek.
 

subaru


Perubahan besar boleh dilihat pada bahagian hadapan, di mana ia didatangkan dengan unit lampu LED, lampu nyalaan siang LED DRL yang lebih nipis, struktur jeriji yang lebih lebar serta plastik pelindung bada bahagian bampar.

Sementara bahagian sisi pula menampilkan struktur tingkap yang lebih besar, roda aloi gangsa, plastik cladding arka roda bersegi serta lencana "Symmetrical AWD" pada tiang D.
 

subaru


Rekaan lampu belakang jenis sepit ketam telah digantikan dengan unit serba baharu yang tampak lebih moden, dan dihubungkan menerusi jalur hitam melintang pintu tailgate.

Susun atur papan pemuka Forester 2024 pula dilihat menyamai apa yang ditawarkan pada model-model Outback, WRX dan Crosstrek, dengan skrin infotainmen menegak, butang kawalan iklim yang lebih ringkas, roda stereng yang tidak berubah, serta kehadiran meter analog.
 

subaru


Subaru mungkin sekali akan mengekalkan penawaran Forester 2024 dengan beberapa pilihan enjin, termasuklah nadi flat-four 2.5 liter, enjin 2.4 liter turbo (245 hp/350 Nm), serta enjin hibrid 2.0 liter e-Boxer.

Difahamkan, Subaru Forester 2024 akan dilancarkan secara rasmi di acara Los Angeles Auto Show pada 17 November ini.

Sumber: Reddit, WhichCar AU