Imej sebenar BYD Atto 2 terdedah, kuasa sehingga 174 hp, jarak gerak 400 km

oleh Mohamad Hanif|
Sukar untuk para pengeluar EV di China untuk berahsia berkenaan kehadiran model baharu, memandangkan segala info tersebut sudah boleh diakses menerusi laman web rasmi kementerian di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, BYD dilapor bakal melancarkan sebuah (lagi) crossover berkuasa elektrik yang dikenali dengan nama Yuan Up, atau nama globalnya Atto 2.

Berdasarkan info yang diperoleh daripada laman web Kementerian Industri dan Teknologi Informasi China, BYD Atto 2 membawakan ukuran sepanjang 4,310 mm, lebar 1,830 mm, dengan ketinggian 1,675 mm.

Ini bermakna, Atto 2 memiliki dimensi yang lebh besar berbanding Dolphin, dan lebih kecil berbanding Atto 3 (Yuan Plus) yang telah pun dijual sejak beberapa tahun lepas.
 

BYD


Sama seperti BYD Dolphin, Atto 2 boleh dilengkapi dengan motor elektrik pacuan roda depan berkuasa 94 hp atau 174 hp, dengan pilihan pek bateri Blade lithium-iron-phospate berkapasiti 32.0 kWh atau 45.1 kWh.

Untuk sekali cas, BYD Atto 2 mampu bergerak sejauh 301 km atau sehingga 400 km.

BYD Atto 2 dibina berdasarkan pelantar e-Platform 3.0, dengan spesifikasi pemanduan sebelah kanan dan kiri turut ditawarkan untuk pasaran Eropah bermula tahun 2025.

Apa yang pasti, BYD Atto 2 ini mampu mengisi kekosongan antara model BYD Dolphin dan juga BYD Atto 3 dengan harga jualan dianggarkan sekitar £30,000 (RM180 ribu).

Berita Berkenaan

Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…
Berita Domestik
Ia sebagai meraikan perkongsian BYD sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Bagi pelanggan…
Berita Global
Menurut laporan The Guardian, selepas bencana alam tersebut berlaku di daerah itu pada hari Krismas…