Imej sebenar CR-V generasi baharu tertiris di China

oleh Mohamad Hanif|
Selepas beberapa bulan imej paten generasi baharu Honda CR-V terdedah, kali ini laman web Autohome China menyiarkan gambar rekaan penuh SUV segmen C tersebut dalam bentuk produksi sebenar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi rupa paras, ia membawakan beberapa perubahan seperti unit lampu hadapan yang lebih nipis, rekaan gril hadapan yang lebih menegak, diikuti dengan hiasan hujung bampar berbentuk L.

Satu lagi gambar memperlihatkan rekaan bahagian belakang, di mana ia masih lagi mengekalkan bentuk lampu L seperti yang terdapat pada model generasi terkini, namun dengan rekaan grafik yang berbeza - seakan sebuah Volvo.
 

CR-V


Selain itu, sistem ekzos CR-V ini diakhiri dengan tip berbentuk trapezoid dengan kemasan berkilat.

Berdasarkan lencana dan emblem pada bahagian pintu belakang, jelas sekali ia merupakan unit yang dihasilkan untuk pasaran China, dan terdapat beberapa laporan yang mencadangkan CR-V akan mengekalkan nadi 1.5 liter turbo VTEC dengan angka output yang lebih tinggi.

Sementara untuk pasaran Eropah, besar kemungkinan CR-V akan ditawarkan dalam versi hibrid e:HEV menggunakan tetapan yang sama pada model Civic, iaitu enjin 2.0 liter dan output 184 PS dan daya kilas 315 Nm.

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Siapa yang tidak kenal dengan SUV Honda CRV yang merupakan SUV terbesar dalam kalangan keluarga SUV…
Telah Diuji
Varian tertinggi terbaharu ini merupakan gabungan trenkuasa hibrid antara petrol dan motor elektrik…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang memiliki pandangan yang tajam boleh membezakannya dengan melihat struktur…