Imej sebenar Defender 2020 tertiris - bakal bintangi filem Bond "No Time To Die"

oleh Mohamad Hanif|
Semua sudah sedia maklum, Land Rover Defender generasi baharu bakal dilancarkan dalam masa terdekat, dan sebelum sempat kita semua menantikan saat tirai dibuka, anda boleh melihat buat kali pertama imej sebenar Defender baharu ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Imej yang diperoleh daripada akaun Instagram shedlocktwothousand itu menampakkan reka bentuk front fascia Land Rover Defender 2020 yang lebih kemas dan moden itu. 

Berdasarkan keterangan, Land Rover Defender akan meneruskan tradisi beraksi di filem Bond yang terbaharu "No Time To Die" yang bakal dibintangi oleh watak utama Daniel Craig.

SUV off-road terbaharu dari Land Rover ini banyak membawakan persamaan daripada generasi lama, seperti hud enjin yang rata, reka bentuk kotak dan profil sisi yang senang untuk dicam sebagai sebuah Defender. 
 


Land Rover Defender bakal ditawarkan dalam tiga bentuk badan, iaitu Defender 90, Defender 110, dan juga Defender 130. 

Dari segi nadi kuasa, Land Rover Defender bakal ditawarkan dengan tiga enjin diesel iaitu:

  • D200 - diesel, empat silinder sebaris 2.0 L, 197 hp, 430 Nm
  • D240 - diesel, empat silinder sebaris 2.4 L, 237 hp, 430 Nm
  • D300 - diesel, enam silinder sebaris 3.0 L, 296 hp, 650 Nm

Manakala versi aras mula bakal ditawarkan dengan enjin petrol empat silinder sebaris 2.0 liter yang mampu menghasilkan 296 hp dan 400 Nm. 

Terdapat versi plug-in hybrid yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 398 hp, dan versi tertinggi pula P400 didatangkan dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 L dengan 395 kuasa kuda dan 550 Nm. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Diperkenalkan sebagai model First Edition, Land Rover Defender 90 ini bakal memiliki tanda harga…