Imej sebenar Polestar 3 didedahkan - SUV elektrik saiz XC90, dua motor elektrik, jarak gerak 600 km

oleh Mohamad Hanif|
Polestar memperlihatkan sebuah imej acah tanpa sebarang pelekat samaran, di mana ia sebenarnya merupakan model SUV elektrik baharu yang bakal dilancarkan Oktober tahun ini, iaitu Polestar 3.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Berdasarkan informasi terdahulu, Polestar 3 secara asasnya merupakan versi yang lebih sporti kepada generasi baharu SUV mewah saiz pertengahan Volvo XC90.

Dari segi rekaan, boleh dilihat jelas elemen-elemen tipikal Polestar ada pada model ini seperti lampu nyalaan siang LED 'Thor' berbentuk Y, angkup brek berwarna kuning, lampu LED di bahagian belakang dan garis bumbung yang lebih melandai ke belakang, menampilkan panel bumbung kaca panoramik.

Tidak banyak informasi yang didedahkan buat masa ini, namun begitu Polestar menjelaskan SUV ini bakal dilengkapi dengan trenkuasa motor elektrik berkembar, serta pek bateri besar yang membolehkan jarak operasi sejauh 600 km (mengikut data WLTP).
 

Polestar


Menurut CEO Polestar, Thomas Ingenlath berkata, "Polestar 3 merupakan SUV untuk era elektrik. Identiti rekaan kami berevolusi menerusi model SUV mewah high-end ini, dengan membawakan karakter jenama yang kuat dan tersendiri.

"Dengan model (Polestar 3) ini, kami mahu membawakan kembali imej sport pada SUV, selari dengan asal-usul jenama prestasi kami.

Selepas Polestar 3, Polestar akan melancarkan sebuah lagi SUV (Polestar 4) pada tahun 2024 yang merupakan versi crossover kepada model Polestar 2 dengan saiz dan dimensi yang lebih kecil, sebelum diakhiri dengan model grand tourer Polestar 5 pada tahun 2025.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…