India - 400 orang maut dalam tempoh sehari!

oleh Penyumbang Rencana 2|
Kejadian berlaku di Hyderabad, sebuah ibu negeri Telangana di negara India pada hari Sabtu lepas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Video yang ditularkan sehingga ke WhatsApp saya ini menyaksikan seorang wanita surirumah berusia 56 tahun mati serta merta di lokasi kejadian.

Nahas berlaku apabila pemandu VW Polo berusia 27 tahun itu hilang kawalan di jejantas yang baru dibuka kepada orang awam pada kelajuan 104 km/j semasa melalui selekoh di jejantas tersebut.

Kereta tersebut lalu terbabas sebelum terhumban ke bawah setinggi 60 kaki ke tanah dan menghempap mangsa yang sedang menunggu teksi.

Sekadar pengetahuan am, di negara India yang mempunyai populasi seramai 1.339 billion penduduk mempunyai kadar kematian akibat kemalangan jalan raya seramai lebih kurang 400 orang dalam SEHARI!!

 


Iye SEHARI bro!!

Malaysia (dengan populasi seramai 32.6 juta penduduk) patut "bersyukur" kerana statistik kematian nahas jalan raya "hanya" sekitar 20 orang sehari!

Iye rakyat kita sememangnya "bersyukur" dengan tahap keselamatan jalan raya jika dibandingkan dengan negara India kan..

Sebab itu masih ramai pengguna jalan raya kita yang tidak mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya..

Masih ramai pemandu dan penumpang kenderaan tidak memakai tali pinggang keledar, penunggang dan pembonceng yang tidak memakai topi keledar, ibubapa dan penjaga yang tak kisah pun anak bawah umur menunggang motor dan memandu kereta ke sana ke mari..
 


Dan tidak lupa juga pihak kerajaan yang masih tidak ambil serius tentang isu pendidikan terutama sekali penguatkuasaan di jalan raya..

Nak salahkan pihak Polis dan JPJ semata-mata juga tidak adil kerana hanya jika pihak kerajaan tegas tentang isu ini barulah mereka boleh bertindak.

Jika benar kita sayangkan nyawa kita dan keluarga, sama-samalah kita ambil berat soal keselamatan di jalan raya. Benar.. Ajal maut di tangan Tuhan tapi janganlah kita mati di jalan raya.. Aamin..

 

Nukilan ini ditulis oleh Cikgu Marwan yang merupakan Driver & Rider Trainer serta Road Safety Consultant di MyRideSafey Consultancy 

Nota: Cikgu Marwan juga telah kehilangan ibunya akibat kemalangan jalan raya sekitar tahun 80an.. Bas persiaran yang dinaiki dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur terbabas lalu terjunam ke bawah sebuah jambatan kecil di Dungun Terengganu, mengorbankannya sejurus selepas itu akibat kecederaan parah di kepala dan muka. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Aamin..

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…