India intai peluang eksport kenderaan ke pasaran Panduan Sebelah Kiri (LHD)

oleh HEZERI SAMSURI|
Tidak puas hati dengan pasaran tempatan sahaja, industri automotif India kini mahu meluaskan skop pembuatan dan pemasangan kenderaan mereka untuk pasaran eksport ke negara-negara Panduan Sebelah Kiri (LHD).

Kenderaan LHD adalah pasaran global terbesar kenderaan - hampir 87 peratus.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut India Times, syarikat-syarikat automotif di India seperti Nissan, Honda, Volkswagen, Tata Motors, Mahindra dan Ashok Leyland kini mahu mengembangkan sayap untuk membekalkan kenderaan ke Amerika Selatan, Amerika Tengah, Afrika dan Asia Barat.

Honda India contohnya akan mengeksport model City generasi kelima ke 12 negara-negara LHD.

Rajesh Goel, timbalah presiden kanan dan juga pengarah pemasaran dan jualan Honda Cars India berkata ia adalah permulaan pembuatan kenderaan LHD untuk eksport dan juga menandakan komitmen inisiatif "Buatan India".

Honda, Ashok Leyland dan Tata Motors mensasarkan peningkatan tiga kali ganda untuk eksport mereka ke pasaran LHD.

* Laporan lengkap di India Times

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia menjadikan India sebagai salah satu negara yang mempunyai jumlah kematian akibat kemalangan…
Berita Global
Syarikat-syarikat yang memenuhi syarat tersebut akan layak untuk mengimport EV yang berharga US$35,…
Berita Global
Vincente dan Fernanda, yang dikenali sebagai Vuelta Al Mundo En Moto (Around The World By Motorbike…