India: Punya 150 juta pemandu tapi cuma 80,000 yang mahu kereta elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya usaha untuk menukarkan kenderaan berenjin biasa kepada kenderaan elektrik (EV) bukan sesuatu yang mudah di India.

Walaupun ia semakin diterima di Eropah dan di China, kerajaan India mempunyai cabaran sukar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Awal tahun ini, Hyundai melancarkan SUV elektrik mereka, Kona EV di India.

Belanja tinggi dilaburkan dalam bentuk iklan dan pelbagai cara pemasaran tetapi di dalam negara yang mempunyai 150,000,000 orang pemandu berlesen, hanya 130 unit Kona EV yang mampu dijual di India sehingga Ogos lalu.

Menurut laporan Bloomberg, ada beberapa punca kenapa Kona EV tidak laku di sana.

  • Kona EV dijual dengan harga US$35,000 dan pendapatan purata oleh seorang rakyat India ialah US$2,000. SUV paling popular di sana dengan enjin biasa ialah US$4,000 sahaja.
  • Kekurangan stesen caj EV
  • Sukar mendapat pinjaman bank
  • Agensi kerajaan tidak mahu menggunakannya walaupun diarahkan.

Menurut data Bloomberg, lebih kurang 8,000 unit EV dijual di India semenjak enam tahun lalu. Jumlah itu kecil bila dibandingkan dengan fakta pembeli China membeli lebih dari 8,000 unit EV dalam masa dua hari sahaja.

Februari lalu, Perdana Menteri India, Narendra Modi menghamburkan US$1.4 bilion untuk subsidi, infrastruktur dan kempen publisiti untk penggunaan EV di India.

Namun begitu, pembinaan stesen caj EV masih terlalu perlahan. BloombergNEF menganggarkan India mempunyai lebih kurang 650 buah stesen caj EV di seluruh negara itu.

China pula mempunyai lebih dari 456,000 pusat caj EV, jumlah yang logik kerana ia adalah pasaran EV terbesar dunia sekarang.

Penerimaan masyarakat juga masih lemah. Seorang pengguna Kona EV di India berperang dengan penghuni di kondominium beliau kerana tidak dibenarkan mengecaj EVnya.

"Persatuan Penduduk membantah saya menggunakan soket di tempat parkir kondominium untuk mengecaj Kona EV saya kerana takut ia akan menjadi risiko kebakaran terjadi," ujar Nidhi Maheshwary, 40, profesor bahagian kewangan di New Delhi.

Masalah penerimaan EV di India sebenarnya tidak jauh berbeza dari Malaysia sendiri.

Hingga hari ini, kerajaan Malaysia masih tidak mempunyai pelan tindakan yang serius mengenai perkembangan EV.

Mungkin kita perlu menunggu masalah pencemaran udara yang teruk dahulu, baharulah bertindak.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…