India sambung semula perkhidmatan kereta api 51 jam selepas nahas

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Al-Jazeera
India dilapor telah memulakan semula perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo tiga hari selepas insiden kemalangan terburuk dalam sejarah negara itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut kementerian kereta api berkata, perkhidmatan pertama tren kargo yang sarat dengan arang batu bermula 51 jam selepas nahas.

Difahamkan, perkhidmatan kereta api di kawasan nahas hanya menggunakan satu laluan sahaja, dan tidak dapat dipastikan sama ada semua landasan telah dibaiki sepenuhnya.

Kereta api kargo tersebut melepasi serpihan gerabak yang remuk akibat kemalangan Jumaat lalu berhampiran Balasore di Odisha yang mengorbankan 288 nyawa dan menyebabkan ratusan cedera.

Jaring hijau didirikan di kedua-dua belah landasan, melindungi serpihan gerabak daripada pandangan penumpang yang sedang dalam perjalanan.

Ramai mangsa yang terselamat dalam kejadian Jumaat lalu masih dirawat di hospital kerajaan utama di Balasore namun kebanyakan pesakit yang kritikal dilaporkan sudah dipindahkan ke hospital lebih besar di bandar lain.

Sumber: AFP melalui Utusan

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu berkata, inisiatif tersebut merupakan sesuatu yang tidak…
Berita Global
Raimondo berkata EV dari China boleh dijual di US sekiranya ada cukup kawalan dari kerajaan…
Uncategorized
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata perundangan tersebut akan memberi kuasa kepada pengguna…