India semakin menarik sebagai hab eksport kenderaan global

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat-syarikat pengeluar automotif global meyasarkan India sebagai hab eksport mereka selepas melihat kebangkitan segmen automotif premium CKD (pemasangan tempatan) di sana melonjak.
AION MREC Banner Campaign May 2024

India kini adalah negara pengeksport kenderaan ketiga terbesar dunia, selepas US dan China. Kedudukan itu dicapai selepas negara tersebut memintas Jepun tahun lalu.

Kadar pertumbuhan untuk eksport automotif India juga meningkat 14 peratus dari awal tahun ini sehingga bulan Mac, dengan 662,891 unit yang dieksport keluar.

Walaupun kaddar itu masih jauh di belakang Jepun yang sudah mengeksport sebanyak 3.37 juta unit kenderaan dalam tempoh yang sama, syarikat-syarikat automotif di India yakin masih ada ruang untuk eksport negara itu terus berkembang.

Kebanyakan pembeli kenderaan di India kini sudah mampu untuk membeli genre yang lebih mewah, seperti SUV dan syarikat automotif pula menghasilkan kenderaan-kenderaan khusus untuk India, yang juga dilihat sesuai untuk dieksport ke pasaran lain termasuk Asia Tenggara, Asia Selatan dan Afrika.

Kadar eksport kenderaan India juga dilihat sudah menghampiri jumlah yang dieksport oleh negara-negara di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Thailand.

Menurut Nikkei Asia, jenama-jenama global di sana menggunakan pasaran eksport di India untuk meningkatkan pengeluaran dan dengan cara itu, mereka turut dapat menurunkan kos pemasangan.

Ia juga bermaksud syarikat-syarikat tersebut mampu untuk menurunkan harga produk mereka bagi menembusi pasaran India yang didominasikan oleh syarikat tempatan seperti Maruti Suzuki, Tata dan Mahindra.

 

Berita penuh di Nikkei Asia

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain dari itu, Chen juga berkongsi bahawa satu unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) juga…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…